
Sulit
4 tahun
Sakit kepala berdenyut( kdg sebelah kanan & kdg sebelah kiri) & muntah
Daya remaja18 tahun… Pada usia 13 tahun sehingga sekarang saya sering mengalami sakit kepala berdenyut & muntah malah terasa seakan akan kepala saya ingin pecah… Apakah penyebabnya & rawatan yang saya perlu ambil doctor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit kepala boleh disebabkan oleh beberapa faktor namun sering sekali puncanya tidak diketahui. Masalah ini sering berlaku dan tidak merujuk kepadala masalah serius. Namun, sekiranya anda mengalami masalah seperti di bawah diiringi dengan sakit kepala anda, disarankan untuk anda berjumpa dengan doktor.
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.