
Sulit
5 tahun
Sakit kepala berdenyut setiap 2 minit
Saya wanita dalam 30 an…sakit kepala dari semalam di belkang keala sebelah kiri dekat dengan telinga…rasa berdenyut…tapi denyutan setiap 2 minit…sakit s

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, saya kurang jelas dengan soalan yang ingin anda ajukan kepada pihak kami.
Akan tetpai, sakit kepala merupakan gejala yang sangat lazim berlaku dan kebiasaannya ia tidak merujuk kepada masalah yang serius.
Sekiranya masalah ini diiringi dengan gejala seperti di bawah, disarankan untuk anda berjumpa dengan doktor. Antaranya:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda mengawasi gejala. Sementara itu, anda boleh mengambil ubat paracetamol untuk mngurangnkan rasa sakit anda. Sekiranya ia berlanjutan atau semakin parah, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui punca serta mendapatkan rawatan yang sesuai.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.