
syaz1606.sh
5 tahun
Sakit kepala berpanjangan selama 2 minggu lebih
Saya wanita 20 an yang sudah biasa mengalami sakit kepala sejak 10 tahun yang lepas. Tahap kesakitan meningkat seiring dgn peningkatan umur. Saya sering sakit di bahagian belakang kepala dan bahagian mata. 10 tahun yang lepas… Sakit kepala saya datang sekali dgn muntah dan loya tp skarang cuma sakit kepala tapi pada tahap yg makin kuat. Sekarang sudah masuk 2 minggu lebih saya sakit kepala non stop terutamanya pada waktu pagi dan malam. Saya makin mudah utk sakit kepala dlm keadaan panas dan mudah pitam jika di kawasan yang mempunyai ramai orang seperti pasar malam dan jika berdiri terlalu lama. Adakah ini normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Sakit kepala berpanjangan merupakan suatu masalah yang kerap dialami masyarakat pada zaman sekarang. Masalah sakit kepala berterusan ini datang tidak kira usia.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Migraine
- Trauma kepada bahagian tersebut
- Penambahan kuasa cermin mata
- Tekanan darah tinggi
Oleh kerana sakit kepala anda sudah lama dan berpanjangan saya cadangkan untuk anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan doktor sebelum kesimpulan boleh dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan konsultasi lanjut. Terima kasih.