
Sulit
5 tahun
Sakit kepala berterusan hampir 2 minggu
Assalamualaikum doktor, saya berumur 23 tahun dan mengalami sakit kepala sejak awal bulan ni. Pada mulanya rasa pening atau sakit di bahagian dahi atau atas kening saya (Frontal Sinus) kadangkala rasa berdenyut dan tegang di sekitar dahi saya. Beberapa hari kemudian rasa sakit berkurangan tetapi selepas beberapa hari tu rasa sakit muncul semula. Sejak kebelakangan ini saya rasa loya dan sakit kepala juga di bahagian belakang. Pada masa yang sama kadang2 agak sukar juga untuk berjalan dengan seimbang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Seandainya yang dirasakan adalah sakit kepala, maka penyebabnya dapat terdiri daripada beberapa perkara seperti:
- Migraine
- Tension-type headache
- Cluster type headche
Sakit kepala juga boleh disebabkan masalah di dalam struktur otak seperti ketumbuhan barah otak atau kanser, namun ia adalah jarang berlaku. Biasanya masalah sakit kepala yang disebabkan masalah yang lebih serius akan disertai dengan gejala seperti:
- Sawan
- Pening dan muntah
- Kebas
- Bengkak mata atau masalah penglihatan
- Kelemahan atau lumpuh, terutamanya pada satu sisi badan
- Masalah ucapan/ berkata-kata
- Perubahan personaliti
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.