
Sulit
4 tahun
Sakit kepala dan badan menggigil
Saya seorang ibu berumur 28tahun dan berat badan 36kg. Mempunyai seorang anak berumur satu tahun dan masih menyusu badan sepenuhnya.
Doc saya sering sakit kepala boleh dikatakan hari2 saya mengalaminya. Dan badan sy juga kerap menggigil diluar kawalan paling ketara dibahagian kaki. Paling membimbangkan adalah apabila saya memandu juga kaki sy akan menggigil ini mambuatkan sy sukar untuk memandu. Adakah perlu untuk sy mendapatkan rawatan pakar? Untuk maklumat doc. Masalah badan menggigil ini saya sudah alami sejak tahun 2017, lebih dr 3tahun. Apa perlu sy lakukan?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda alami boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti:
- Migrain
- Hipoglisemia
- Kencing manis
- Masalah tiroid
- Penyakit Parkinson
- Masalah pada bahagian otak seperti strok, ketumbuhan dan penyakit multiple sclerosis
- Stress
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pegawai khidmat pelanggan kami akan menghubungi anda untuk membantu anda mendapatkan penyelesaian kepada masalah ini
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.