
Hany
6 tahun
Sakit kepala dan hilang selera makan
Salam sejahtera,doktor. Saya merupakan seorang pelajar berusia 19 tahun. Saya start sakit kepala pagi kelmarin ketika bangun tidur. Tambahan pula, penglihatan saya menjadi kelam dan kabur. Badan saya cepat merasa letih dan kehilangan selera makan diikuti berasa mual dan berasa nak muntah. Saya tak boleh nak tidur disebabkan sakit yang teramat.Saya juga sudah makan ubat dan tidur untuk mengurangkan rasa sakit kepala namun sakit kepala saya makin menjadi-jadi. Adakah ini tanda migrain atau lain-lain?

6 tahun
Selamat pagi dan salam sejahtera. Sakit kepala merupakan sakit yang kerap dilaporkan kepada pihak doktor.
Sakit kepala migrain mempunyai beberapa ciri-ciri seperti yang dinyatakan di bawah:
- Kehadiran aura: Ada ketika orang yang mengalami migrain nampak macam terdapat bintik-bintik cahaya pada pandangan mata seakan-akan garisan cahaya. Ia berbeza mengikut individu. Ada yang berbentuk zig zag. Aura tidak semestinya akan menandakan migrain, tapi kebanyakan pesakit migrain akan mengalami aura. Punca aura terjadi adalah mungkin disebabkan berlaku gangguan pada saraf otak kita dan disusuli dengan rasa sakit kepala.
- Rasa murung atau tertekan: kebiasaannya pesakit migrain akan mudah berasa tertekan atau berasa murung. hal ini boleh menyebabkan migrain menjadi lebih teruk
- Rasa kurang tidur: pesakit yang mengalami serangan migrain akan susah untuk tidur dengan lena. keadaan ini dipanggil sebagai insomnia iaitu tidak boleh tidur disebabkan sakit kepala. namun begitu, insomnia juga boleh menyebabkan migrain. hal ini kerana otak kita memerlukan masa untuk rehat untuk berfungsi dengan baik.
- Resdung atau hidung tersumbat: simptom sinus atau resdung mampu membuatkan kita sakit kepala.
- Aktiviti yang lasak: aktiviti lask seperti berlari dan naik tangga mungkin menjadi salah satu penyebab serangan migrain. Orang yang merasa sakit kepala terutamanya apabila melakukan aktiviti seperti tersebut mungkin menjadi tanda bahawa dia akan diserang migrain.
Anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor di klinik atau hospital yang berdektan untuk memeriksa dengan lebih lanjut tentang sakit kepala anda. Tambahan pula keadaan anda menyebabkan anda berasa loya dan muntah-muntah. Terima kasih.

6 tahun
Selamat pagi! Terima kasih atas persoalan anda. Saya berharap anda berada dalam keadaan yang baik. Seperti anda telah menyatakan bahawa anda mengalami sakit kepala, penglihatan kabur, kehilangan selera dan mual.
Untuk menjawab soalan anda, semua simptom ini menunjukkan bahawa anda mengalami serangan migrain. Terdapat 3 jenis migrain, iaitu, migrain tanpa aura, migrain dengan aura dan aura migrain tanpa sakit kepala. Migrain tanpa aura adalah sakit kepala tanpa simptom manakala migrain dengan aura adalah kita dapat merasakan simptom sebelum serangan migrain. Aura migrain tanpa sakit kepala adalah penghidap boleh merasakan simptom lain tanpa diiringi sakit kepala.
Migrain boleh menyebabkan sakit kepala yang sengit yang sering digambarkan sebagai sakit berdenyut. Sakit kepala jenis ini boleh berlangsung dari 4 jam hingga 3 hari dan biasanya berlaku satu hingga empat kali sebulan. Bersama-sama dengan rasa sakit, terdapat simptom lain, seperti sensitiviti terhadap cahaya, bunyi bising, atau bau, mual atau muntah, kehilangan nafsu makan dan sakit perut. Migrain boleh disebabkan oleh faktor genetik atau faktor persekitaran.
Terdapat banyak ubat-ubatan yang telah direka untuk merawat serta mencegah episod migrain. Ubat migrain seperti Aspirin atau ibuprofen boleh membantu melegakan migrain ringan. Selain aspirin, triptans juga boleh digunakan untuk merawat migrain. Anda juga dinasihatkan untuk mengambil suplemen magnesium untuk mengurangkan kekerapan serangan migrain. Sila berjumpa doktor jika sakit kepala anda berlarutan.