
patricia7241
5 tahun
Sakit kepala dan lebam
Ibu saya berumur 64 tahun. Dia mengalani sakit kepala (separuh shj) sejak seminggu lepas. Dia telah berjumpa doktor dan diberikan ubat penahan sakit dan ubat migrain. Walaupun telah memakan ubat-ubat tersebut, sakit kepalanya tidak jg hilang. Dan sejak ptg semalam, timbul pula lebam2 dibahagian muka dan kepalanya separuh sahaja iaitu bahagian yang sakit. Kami telah membawanya berjumpa dengan doktor sekali lagi dan telah diberikan ubat mata dan ubat sapu serta diminta untuk datang semula seminggu kemudian.
Saya pernah terbaca tentang penyakit sepsis. Saya ingin tahu kalau mak saya mempunyai simptom penyakit tersebut.
Terimakasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, lebam terjadi akibat pecahnya saluran darah sehingga darah yang keluar dari saluran itu timbul dibawah kulit dan dilihat sebagai lebam. Lebam yang timbul dengan tiba-tiba boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat kurang vitamin seperti vitamin K
- Akibat sesetengah supplemen ubat
- Akibat penggunaan alkohol
- Masalah pembekuan darah
- Didasari oleh penyakit yang lebih serius seperti penyakit autoimun, penyakit hati, kanser, dan lain-lain
Merujuk kepada pertanyaan saudari tentang sepsis, untuk pengetahuan anda, sepsis adalah jangkitan (kuman, virus, dan lain-lain) yang serius sehingga menyebabkan sistem imun anda menyerang badan anda. Antara gejala utama sepsis adalah:
- Demam. Demam biasanya ditandakan dengan suhu badan yang tinggi yaitu panas.
- Jangkitan. Kenalpasti sumber jangkitan seperti jangkitan kulit, paru-paru, perut dan saluran kencing
- Penurunan kesedaran seperti makin lemah, keliru, tidur, sukar untuk bangun
- Sakit berat. Biasanya pesakit akan mengeluhkan sakit yang teramat sangat pada daerah yang terkena jangkitan.
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dikhuatiri ia dapat menganggu kesihatan ibu anda lebih-lebih lagi dalam usia yang meningkat tua. Sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.