
rogayahroli
5 tahun
Sakit kepala dan leher sebelah kiri
Saya berumur 36 tahun. Saya mengalami sakit kepala dan tengkuk sebelah kiri baru 2 ini. Sakit yg saya alami ini dh berlarutan selama 2 minggu lebih. Saya ada juga berjumpa doktor tapi doktor menyuruh saya bertukar kanta spekmata yg baru. Saya telah pun membuat seperti yg doktor saran kan tapi masih sama kesakitan yg saya alami. Saya dh juga menelan ubat migrant dan juga panadol tapi hanya bersifat sementara selepas itu ia akan sakit kembali… Boley doktor terangkan apakah penyakit yg saya alami dan apakah tindakan yg perlu saya ambil

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit kepala sebelah kiri boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tension headache
- Migrain
- Cluster headache
- Sakit kepala kronik
- Penyalahgunaan ubat
- Sakit kepala kerana masalah berkaitan gigi atau gusi
- Sakit kepala disebabkan kafein dari teh dan kopi
- Sakit kepala kerana sinus
- Sakit kepala semasa haid
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.