
Anonymous
6 tahun
Sakit kepala dan penglihatan kabur
Tahun ini genap umur saya 36tahun. Kebelakangan ini saya sering mengalami sakit kepala yang berpanjangan, malah penglihatan saya untuk melihat laptop juga semakin kabur. Adakah ini di sebabkan faktor usia atau saya mengalami masalah rabun dekat? Jika saya memgalami masalah rabun dekat, adakah biasa untuk usia seperti saya? Saya sudah 2@3x pergi berjumpa doktor dan tiada masalah tekanan darah tinggi.
Sekian itu sahaja soalan dri saya.
Terima kasih

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Masalah sakit kepala boleh disebabkan oleh masalah rabun. Jika anda mengesyaki perkara ini, sila daoatkan pemeriksaan mata di optometrist terdekat. Namun begitu, sakit kepala juga boleh disebabkan oleh masalah lain seperti:
- Sakit kepala ketegangan
- Sakit kepala migrain
- Sakit kepala cluster
Masalah sakit kepala juga boleh disebabkan oleh masalah pada struktur otak. Oleh itu, jika anda mengalami sebarang simptom lain seperti muntah-muntah, penurunan berat badan mendadak, pengsan tiba-tiba atau sawan dan simptom lain yang membimbangkan, sila rujuk masalah anda ini dengan lebih lanjut dengan segera.
Untuk mengurangkan sakit kepala seperti ketegangan dan migrain yang boleh disebabkan oleh keletihan, stress dan pemakanan tertentu, amalan gaya hidup sihat dan menghindari rokok amat digalakkan. Sila klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.