
Sulit
3 tahun
Sakit kepala dan pening di bahagian kelopak mata
Saya wanita berusia 17 tahun dan saya sering sakit kepala, pening di bahagian kelopak mata dan di bahagian tengkuk… Kadang sehingga sakit itu buat saya rasa nak pitam dan loya…

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sakit kepala, pening, terasa nak pitam dan loya. Saya akan cuba untuk membantu anda sebaik mungkin.
Untuk pengetahuan anda, masalah sakit kepala yang sedang anda alami sering dikaitkan dengan situasi berikut:
- Migrain
- Jangkitan di otak
- Tumor di otak
- Masalah saluran darah di otak
- Anemia
- Kecederaan dikepala
- Hipertensi
- Cerebrospinal fluid leak
- Keradangan
Sekiranya anda mendapati keadaan anda berlarutan, anda sebaiknya mendapatkan nasihat doktor untuk menanganinya dengan kadar segera
Saya berharap penerangan ini dapat membantu anda dan jika anda memerlukan maklumat serta informasi yang lebih mendalam, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau doktor pakar neurologi kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala