
Sulit
5 tahun
Sakit kepala dan rasa tidak stabil berserta loya
Saya wanita dalam 20van. Mengidap migrain sejak umur 19 tahun… Sering mengalami sakit kepala di sebelah kanan dan sakit tertumpu di bahagian belakang mata, telinga dan sebelah belakang kepala terasa seperti mencengkam. Ada ketika sakit kepala ini disertakan dengan ketidakseimbngan badan seperti vertigo. Hampir setiap kali sakit, saya akan berasa mual dan muntah2. Ape pendapat doktor tentang hal ini?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan. Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer. Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder.
Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media. Sinusitis merupakan salah satu sebab utama sakit kepala jenis sekunder dalam kalangan rakyat Malaysia.
Memandangkan anda pernah mengalami migrain, gejala yang anda hadapi seperti loya, sakit kepala dan tidak stabil amat menjurus kepada masalah migrain yang semakin meneruk. Oleh itu, jangan hanya bergantung pada ubat tahan sakit. Anda memerlukan rawatan dengan segera.
Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.