
aqilahmia89
5 tahun
Sakit kepala dan senak mata
hi doc…sy aqilah berumur 30 tahun dan berat bdan 90kg…saya sering sakit pada bhgian blakang mata dan sakit kepala…saya juga ada masalah rabun jauh…adakah berpunca daru berat badan saya…apabila sakit kepala dan mata saya akan berasa loya serta nak muntah…bunyi bising dan bau rokok juga saya tidak boleh hidu…akan mnyebabkan saya sakit kepala

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah kesihatan yang dialami oleh anda. Sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Namun ia tidak berkaitan dengan berat badan anda.
Terdapat dua jenis sakit kepala:
- primer (majoriti) iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala ketegangan
- sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal dan luar tengkorak (glaukoma dalam mata, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran)
Oleh sebab anda mempunyai gejala yang tidak spesifik, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca yang sebenarnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih. Klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.