
Sulit
4 tahun
Sakit kepala dan sukar untuk bernafas
Hi doc saya mempunyai sejarah keluarga yg mempunyai sakit jantung,asthma dan migrain adakah ia menjadi punca saya sakit??saya punya badan juga merasa macam nak demam

4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah sukar bernafas.
Perlu untuk diketahui bahawa sakit keturub bergantung kepada diagnosis sebenar sakit tersebut. Sebagai contoh organ paru-paru, asma merupakan sakit keturunan. Namun hal ini bergantung kepada diagnosis sebenar sakit tersebut kerana tidak semua sakit dapat diwarisi.
Melalui keterangan yang anda berikan, anda mengalami masalah sesak nafas dan sakit kepala. Masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti :
- Masalah jantung
- Jangkitan kuman
- Asma
- COPD
- Radang paru-paru
- Salur darah paru paru tersumbat
- Pneumothorax
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.