
atirasumidi97
5 tahun
Sakit Kepala Dan Tengkuk
Saya wanita dlm lingkungan 22 tahun… Saya menghadapi kesukaran untuk berbaring dan tidur… Bila saya tidur terlentang, kepala saya terasa amat sakit sehinggakan saya mengetuk kepala saya dengan objek supaya rasa lega… Seluruh kepala saya sakit start dari bahagian belakang…So Saya try tidur mengiring, sama juga tidak dapat tidur dan sakit dibahagian tengkuk… Semenjak beberapa tahun ni, daya ingatan saya makin merosot, result pun dah x okay… Tapi tidak terlalu teruk… So saya ambil panadol untuk mengurangkan sakit… Sakit kepala saya ni berlarutan beberapa bulan n melarat sampai ke bahagian belakang badan, letih, sakit2 yang tak tertanggung

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan. Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.
Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder.
Contohnya :
- Masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal.
- Masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media.
Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih