
restyfauziah288
5 tahun
Sakit kepala datang dan pergi
Hi doc sy sering sakit kepala semenjak thn 2018 slps bersalin akibat ada sehari tu sy lambat mkn…trs d serang sakit kepala & sampai skrg kdg ia dtg & tdk tp selalu ada…sy dah mkn brmcm ubat selain jns tahan sakit…seiring dgn itu jg kaki sy jg d bhgn betis rasa tdk kuat bdiri & bjln jauh…ia semcm seiringan dgn sakit kepala…sy dh mkn ubat saraf jg…sy jg ada buat ujian full blood test & semuanya baik² shj…kecuali seperti ct scan,mri dll…knapa ya doc

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan. Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer. Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder.
Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media serta tekanan darah tinggi. Ketumbuhan pada otak juga merupakan masalah sakit kepala sekunder yang boleh dikaitkan dengan lemah pada bahagian lain badan. Namun, ia mestila diikuti dengan gejala lain termasuk muntah, loya, kabur mata, berat badan turun secara mendadak.
Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.