
Sulit
4 tahun
Sakit kepala, demam dan sengal badan. Adakah disebabkan covid?
Saya sakit kepala sejak malam tadi dan pagi ni rasa macam demam sikit. Badan saya juga rasa sengal-sengal di bahagian sendi,pinggang dan ke bawah. Apakah demam disebabkan covid juga ada tanda-tanda sengal badan macam ni?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham keadaan yang anda alami. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian:
- Kepenatan kerana bekerja terlalu kuat
- Kekuranan atau ketidakseimbangan elektrolit di dalam badan
- Kekurangan gula atau hipoglisemia
Kami sarankan anda untuk memantau keadaan anda dan melakukan ujian saringan dengan segera, jika keadaan semakin teruk dan sekiranya anda mempunyai kontak rapat.
Menurut KKM juga, kontak rapat adalah dikategorikan kepada kumpulan berikut:
- Pendedahan daripada penjagaan kesihatan, seperti petugas kesihatan yang mengendalikan kes Covid-19 tanpa kelengkapan perlindungan peribadi (PPE) sewajarnya, pelawat, dan pesakit di dalam wad sama dengan pesakit Covid-19.
- Orang yang bekerja bersama pesakit Covid-19 dalam persekitaran yang rapat, atau berkongsi bilik kelas dengannya.
- Orang yang membuat perjalanan bersama pesakit Covid-19 dalam apa jenis pengangkutan pun.
- Orang yang tinggal dalam rumah yang sama dengan pesakit Covid-19.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Gejala yang dialami oleh seseorang individu adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Kami di DoctorOnCall juga menyediakan khidmat ujian COVID19 dari rumah anda. Klik pada link ini untuk maklumat lanjut.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini