
wahidaieda22
5 tahun
Sakit kepala di sebelah kiri bahagian mata
Salam sejahtera doktor. Saya seorang wanita berumur 21 dan masih lagi belajar. Saya sering mengalami sakit kepala sebelah kiri terutama di bahagian kawasan mata. Kadang bila saya tekan di atas antara mata dan kening mesti berasa amat sakit. Kepala sebelah kiri juga amat sakit sehingga saya rasa kurang bermaya dan hendak demam. Apakah penyebab sakit saya ini doktor? Adakah ianya memberi petanda kesihatan yang tidak baik?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit kepala di sebelah kiri boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- tension type headache
- migraine
- cluster headache
- sinusitis (keradangan rongga tengkorak)
Adalah amat digalakkan untuk anda mendapat rujukan doktor bagi mengatasi penyakit ini. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.