irdina2092003
6 tahun
Sakit kepala di sebelah kiri dan bahagian belakang
doktor saya remaja perempuan yang berumur 16 dan saya sering mengalami sakit kepala di bahagian kiri dan belakang, akan tetapi kepala saya berdenyut-denyut walaupun saya hanya berehat. saya sudah mengalami perkara ni hampir 2 tahun. apa pendapat doktor tentang penyakit saya ni?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala bahagian belakang dan kiri yang anda alami boleh disebabkan:
- Migrain - ianya sangat biasa berlaku pada sebelah bahagia kepala dan berdenyut
- Sakit kepala tegang - akibat stres atau persekitaran
- Perubahan hormon ketika haid atau sebelum haid
- Dehidrasi - akibat kurang minum air
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































