
Sulit
3 tahun
Sakit kepala dibahgian atas mata belah kiri dan sakit kepala di bhgian belkang kepala belah kiri
Assalamualaikum saya wanita umur 21an… Saya sering mengalami sakit kepala dibhgian atas mata belah kiri dan belkang kepala belah kiri… Kadang2 sampai saya muntah2 dan pndngan mata jadi kabur… Saya student yg beljar melalui online class sampai satu tahap nak hadap kelas saya akn munth2… Saya pernh juga terlibt dlm kemalangan jtuh dri motosikal dan kepala saya terhentk belah kiri tp saya tak pergi hospitl untk buat X-ray saya hanya mkn ubat thn sakit shja… Malam tu saya hanya demam… Dia ada kaitan ke dengan skit kepala saya… Selalu 3hari sekali saya akn sakit kepala… Terima kasih

3 tahun
Salam sejahtera and terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, anda mempunyai gejala sakit kepala yang kerap di bahagian atas mata sebelah kiri dan belakang kepala sebelah kiri, diikuti dengan muntah dan pandangan kabur.
Antara penyebab sakit kepala di sebelah bahagian yang biasa dilihat adalah seperti berikut :
- Stres
- Migrain
- Sakit kepala kluster
- Sakit kepala tekanan
- Sakit kepala sinus
Malah, pengambilan minuman berkafein yang berlebihan, pengambilan air yang kurang serta melihat skrin terlalu lama boleh menyebabkan sakit kepala di sebelah bahagian. Memandangkan anda pernah mempunyai kecederaaan di bahagian kepala, anda perlu merujuk kepada doktor dan mendapatkan rawatan berdasarkan punca sakit kepala anda.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.