
ilanabilah5678
5 tahun
Sakit kepala dn pening
Sya wanita berumur 22 thun… Kebelakangan ini sya mengalami sakit kepala dan juga pening semasa melakukan aktiviti harian… Bila berdiri or melihat objek terasa berputar putar kerana pening… Sya sudah mengalami ini selama 4 hari… So saya pelukan penerangan ttg masalah saya ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia-Kurang darah merah
- Hipotensi
- Jangkitan virus di telinga
- Meniere’s syndrome
- BPPV
- Gula dalam darah rendah- Hypoglycemia
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.