
Sulit
4 tahun
Sakit kepala,kerap kencing,sakit belakang dan senggugut yg teramat
saya perempuan berusia 20 tahun. sejak usia saya 15 tahun saya sering senggugut semasa haid. dan saya mula bergantung pada ubat pain killer bila period pain saya datang. sebab bila saya period saya akan senggugut sekurang kurangnya 1-3 hari. dan sejak 2-3 bulan ini saya sering sakit kepala,rasa mual, sakit belakang dan kerap kencing. lagi satu bila saya duduk sambil membongkokkan badan saya merasakn kesakitan yg amat seperti tulanng belakang saya patah.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu sakit senggugut semasa haid. Sakit ini boleh didefiniskan sebagai sakit perut yang teramat sangat sehingga dapat mengganggu saluran pencernaan dan diikuti dengan gangguan berjalan dan menyebabkan anda menekan perut / bongkok yang dapat berlaku selama beberapa jam hingga beberapa hari.
Untuk makluman anda, sakit semasa haid boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim (kadar fluktuasi hormon yang melebihi normal atau melebihi kemampuan tubuh untuk bertoleransi)
- Tanda-tanda awal kencing kotor akibat jangkitan kuman (bakteria/virus/fungus) pada saluran kencing
Atau gangguan yang lebi serius pada organ kelamin wanita seperti
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.