
Anonymous
5 tahun
Sakit kepala lebih 5 hari
Saya wanita berumur 21 tahun . Pelajar di IPTS , Saya mengalami sakit kepala di bahagian belakang bermula dari tengkuk hingga ke tengah kepala . kadang kadang sampai ke mata . Boleh sekiranya saya bertanya kenapa saya selalu sakit di bahagian itu ? Terima Kasih .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,sakit tengkuk adalah perasaan sakit yang dialami pada mana-mana bahagian leher dan boleh melibatkan bahagian bahu, kepala dan muka.
Sakit tengkuk berkemungkinan berpunca daripada otot, tendon, fascia, bursa, capsul, ligaments, disc, saraf dan dura.
Faktor penyebab sakit tengkuk berasaskan :
- postur yang tidak baik,
- ketidakseimbangan otot,
- kekurangan stabiliti otot tengkuk,
- kecederaan whiplash
Berikut adalah antara tips yang boleh mencegahkan sakit tengkuk:
- Pastikan amalan postur yang betul semasa duduk, berdiri, bekerja dan aktiviti-aktiviti di rumah.
Semasa baring :
- Pilih bantal yang sederhana tinggi untuk merehatkan tulang dan otot leher
- Digalakkan supaya tidak tidur dalam posisi meniarap agar dapat mengelakkan tengkuk berada dalam kedudukan ‘rotation and lateral flexion’ untuk jangka masa yang lama
- Pastikan mekanisma senaman regangan untuk bahagian leher dilakukan secara berjadual untuk mencapai perkembangan yang optima.
- Rehatkan otot leher setelah lama berkerja dengan komputer atau kerja pejabat yang lain.
- Pastikan melakukan pergerakan leher secara perlahan.
Sekiranya gejala yang anda alami masih berterusan dan menganggu rutin seharian anda, anda diminta rujuk kepada seorang doctor.Untuk mengetahui punca masalah yang dihadapi oleh anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.