Sulit
4 tahun
Sakit kepala lebih dari 2 kali bagi seorang remaja yang berumur 17 tahun
saya perempuan berumur 17, saya selalu sakit kepala lebih dari 2 kali sehari, kadang kadang sakit sampai tak boleh tahan dan saya tak ambil apa apa ubat untuk ease kan sakitnya. sometimes dia ada “time” kepala saya sakit. contoh, tiba tiba kepala saya sakit pada waktu tengah hari.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, saya memahami bahawa anda merasa bimbang dengan masalah sakit kepala anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk penghetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Migrain
- Sakit kepala tegang
- Sakit kepala kluster
Selain itu, sakit kepala juga dapat disebabkan oleh penyakit tertentu seperti:
- Jangkitan otak (Meningitis, encephalitis dll)
- Masalah saluran darah otak
- Ketumbuhan di dalam otak
- Trauma kepala
Oleh itu, saya menasihatkan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Anda boleh merujuk kepada doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor


































