Sulit
3 tahun
Sakit kepala, lenguh sendi, selesema dan batuk
Saya seorang wanita berumur 23 tahun yang kerap mengalami lenguh sendi, sakit kepala, kerap bersin, selesema dan batuk. Saya telah demam selama dua hari dan ada gatal di bahagian tekak tetapi telah sembuh cuma masih kerap bersin, sakit kepala, selesema dan selalu lenguh bahagian tangan dan kaki.
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, gejala sakit kepala, selsema dan batuk boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- COPD
Masalah lenguh dan sendi pula boleh disebabkan oleh:
- Keradangan dan kecederaan pada otot
- Keradangan sendi
- Masalah pada saraf (Boleh disebabkan oleh kencing manis dan sebagainya)
- Masalah pada tulang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.


































