
Sulit
3 tahun
Sakit kepala lepas accident
Saya A. Dua minggu lepas saya mengalami mild accident dan kepala terhantuk di dashboard. Saya sudah ke klinik xray tp tiada kecederaan atau darah beku. Sampai sekarang saya masih rasa sakit yg kuat di kepala dan kdg rasa melayang. Tangan saya juga turut sakit. Jika saya mkn ubat, saya akan muntah dan kerap rasa nk muntah. Saya juga mula sakit di bahagian bontot kanan. Pada hari kejadian saya dah rasa sakit tp okay lepas tu. Cuma semalam start sakit. Saya juga mempunyai sejarah penyakit spinal bifida occulta dan hyperthyroid

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Masalah sakit kepala yang anda hadapi boleh berpunca daripada kemalangan yang anda alami 2 minggu lepas. Namun, masalah anda juga boleh berpunca daripada masalah yang tidak berkaitan dengan kemalangan. Kami memerlukan sejarah perubatan anda yang lengkap bersertakan pemeriksaan fizikal dan ujian tambahan untuk memberikan anda diagnosis yang tepat. Memandangkan anda mempunyai sejarah penyakit spina bifida occulta ia juga boleh menyumbang kepada masalah anda.
Kami menyarankan anda untuk berjumpa dengan doktor sekali lagi untuk memastikan tiada kecederaan otak yang berlaku. Masalah anda juga perlu disiasat supaya rawatan yang tepat dapat diberikan. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.