
Sulit
5 tahun
Sakit kepala mencucuk di sebelah kiri
Hi doc, saya wanita berumur lewat 20an. Sejak menjak ni, saya selalu rasa sakit kepala atau boleh kata di kulit kepala mencucuk di kepala belah kiri. Ianya berlaku pada 1 trnpat sahaja. Pada awalnye saya ingatkan ada bisul/jerawat di kepala tapi tiada. Sakitnya dtg bukan setiap masa. 2minggu lepas ianya sakit selama beberapa hari dan kembali elok. Tapi minggu ni ianya datang semula. Kadang2 ianya berlaku berserta pening. Tetapi kadang2 tiada rasa pening, mual atau sebagainya. Hanya sakit mencucuk di kawasan tersebut. Namun, kadang ada rasa pening seperti rasa terawang2.
Pernah saya baring, tetiba sakit tersebut datang dan apabila saya betulkan posisi ke duduk, ianya hilang. Namun, beberapa minit/jam sakit mencucuk tu datang semula. Dan saya selalu rasa sakit seperti ada tekanan pada bola mata kiri atau bawah mata kiri. Namun, penglihatan saya masih baik. Apakah sakit saya ni doc? Adakah ianya jangkitan kuman atau virus? Saya tkut jika saya mempunyai sakit yg kronik kerana hendak pergi ke klinik ke check up saya tkut kerana musim PKP. Adakah sakit yg saya alami ni bahaya? Dan disebabkan sakit ini, saya selalu berfikir dan overthinking menyebabkan saya mula develop anxiety.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan. Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer. Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder.
Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media. Sinusitis merupakan salah satu sebab utama sakit kepala jenis sekunder dalam kalangan rakyat Malaysia.
Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih