Sulit
4 tahun
Sakit kepala, Mual jika Lewat sarapan
Hai saya seorang wanita berusia 26 tahun ,Setiap hari Jika saya lewat sarapan kepala saya akan pening ,loya dan kadang² tangan saya akan mengeletar .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Bagaimanapun, berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, sekiranya anda melewatkan jadual makan, ini akan mengakibatkan angin dan gas berlebihan terbentuk. Hal ini akan dapat menjadi penyebab kepada masalah perut kembung, sakit kepala dan loya. Kekurangan tenaga akibat lewat makan juga boleh mengakibatkan gejala pening dan anggota badan menggeletar.
Untuk makluman anda, sakit kepala mempunyai pelbagai penyebab samada perkara yang serius ataupun tidak, antaranya ialah:
- Tekanan darah tinggi
- Masalah strok tahap awal
- Dehidrasi
- Kurang senaman atau aktiviti luar
- Gangguan stress dan emosi
- kurang rehat atau tidur
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah sakit kepala anda, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala


































