
Sulit
3 tahun
Sakit kepala pesakit covid 19
Anak saya positif covid19 tetapi kuarantin di rumah. Dia selalu sakit kepala yang teruk dan lambat reda walaupun makan Panadol. Katanya jika reda pun, sakit kepala itu tetap ada. Anak saya juga mengalami enguh-lenguh badan. Sudah 14 hari dia mengalaminya.
Kami diberitahu jika ada simptom sesak nafas hantar terus ke hospital .
Jika sakit kepala teruk , Bolehkah saya menghantarnya ke hospital?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Untuk makluman anda, gejala sakit kepala adalah salah satu gejala yang dikaitkan dengan jangkitan Covid-19. Sekiranya gejala ini tidak dapat dikawal di rumah, sebaiknya anda maklumkan kepada petugas kesihatan CAC yang berdekatan dengan anda untuk mendapatkan nasihat mengenai langkah-langkah seterusnya. Petugas kesihatan juga boleh memberikan ubat untuk merawat gejala sakit kepala anak anda. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini