
lpsmkst2016
4 tahun
Sakit kepala, rasa kesejukan, demam, tiada selera makan
Salam sejahtera, saya mengalami demam pada dua hari yang lepas. Sekarang pula saya mengalami kesejukan dan tiada selera makan.

4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang demam dan tiada selera makan.
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Untuk makluman anda, demam berlaku apabila suhu badan mencecah 37.5 dan ke atas. Sekiranya suhu anda berada pada paras normal, anda tidak dikira demam. Namun kemungkinan beberapa perkara berikut and sedang alami:
- Kekurangan glukosa dalam darah-anda mungkin kurang makan atau menggunakan banyak tenaga lebih daripada yang diperoleh daripada makanan
- Ketidakseimbangan elektrolit-akibat dehidrasi
- Terlebih kafein
- Keresahan
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!
Sekiranya kondisi yang anda alami sekrang berlanjutan, sila dapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan yang terdekat. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.