
Sulit
4 tahun
Sakit kepala rasa mahu muntah tapi lepas makan okay balik
Kadang² saya rasa panas badan pening kepala rasa mahu muntah tapi bila saya makan semua akan okay

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah kerap pening dan mual boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot lower gastroesophageal spinchter longgar
- Masalah gastroesophageal reflux disease
- Tekanan darah rendah
- Anemia
- _ Benign positional vertigo_
- Migrain
- Masalah pernafasan semasa tidur- Sleep apnea
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.