
Sulit
4 tahun
Sakit kepala sebelah kanan serta pusing dan muntah
hai … saya berumur 25 tahunn. pada 31hb january sehingga 3 February saya mngalami sakit kepala+ pusing . dan kalau pusing sangat saya muntah dan kadang cirit birit . pada 3hb saya telah pergi check doctr . tp doctor kata hanya stress atau cuaca . slpas tu sakit kepala saya saya sudh kurang tp tinggal pusing sahaja …pusing selalu bila rasa terlalu pusing saya akn muntah . dan bila saya hendak baring atau tidur saya akan rasa sakit kepla di bhgian belkng kepla dan bila saya hendak pusing terasa sakit sngt di bhgian sbelah kanan kepala … kenapa ya doctor??

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo. Iaitu masalah pada telinga bahagian dalam membuatkan anda rasa pusing dan pening
- Penyakit Meniere’s
- Keradangan pada telinga bahagian dalam (Vestibular neuritis atau labyrinthitis) yang berpunca daripada kecederaan ataupun migrain
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.