
Sulit
4 tahun
Sakit kepala sebelah kiri kepala sudah seminggu
Sudah seminggu sakit kepala, sebelah kiri. Tiada simptom lain. Walaupun makan panadol, esoknya jadi semula.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah rasa sakit kepala di bahagian kiri walaupun anda telah mengambil ubat, namun ianya tetap timbul pada keesokan harinya. Berikut adalah penerangan umum tentang gejala sakit kepala serta apa yang anda boleh lakukan untuk mengatasinya.
Umumnya gejala sakit kepala yang berterusan ini boleh disebabkan oleh:
- Masalah penglihatan seperti rabun dan silau
- Ketegangan mata atau penggunaan gadget yang terlalu lama
- Kesan sampingan dari demam
- Kekurangan gula atau air dalam tubuh
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih spesifik yang justeru memerlukan pemerhatian doktor seperti:
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus (Sinus headache)
- Migrain kronik
- Sebarang abnormaliti di dalam otak
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami agar kami boleh mengenal pasti tindakan yang terbaik dan rawatan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.