aisyenur77
6 tahun
Sakit Kepala sebelah kiri pada waktu malam
Saya lelaki dalam usia 30’an dan juga merokok. Sejak akhir-akhir ini saya kerap pening kepala pada sebelah kiri di waktu malam saja. Kini juga saya mengalami batuk-batuk yang tidak terlalu serius. Adakah ia sesuatu yang perlu dirujuk pada hospital?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Masalah sakit kepala adalah salah satu perkara yang sering dialami oleh masyarakat kita. Terdapat beberapa punca yang mengakibatkannya:
- Migraine
- Tekanan/Stress
- Sinusitis
Walau bagaimanapun oleh sebab anda sering mengalami batuk perkara ini tidak diharus dipandang remeh dan adalah amat disyorkan untuk mendapatkan pandangan daripada doktor.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.

































