farr

7 tahun

Sakit kepala sebelah kiri

Hai Dokter… Nama saya F… Saya berumur 18 tahun dan sedang belajar di kolej dan sekarang saya berada di akhir semester (diploma)… Saya mengalami sakit kepala belah kiri yang agak kronik dalam satu hari kadang dalam 5 kali sakit tu datang dan saya silau saya juga tinggi termasuk tak boleh dengar bunyi bising, sensetif dengan bau jadi saya tak dapat tumpukan pelajaran… Adakah itu salah satu tanda barah otak?

Dr Ramzdhan,

7 tahun

Selamat petang. Terima kasih atas persoalan anda.

Berdasarkan simptom anda, saya boleh menyatakan bahawa anda mengalami serangan migrain kerana simptom anda yang tidak boleh mendangar bunyi dan juga sensitif pada bau. Izinkan saya menjelaskan tentang migrain. Seseorang mengalami migrain kerana terdapat perubahan dalam sistem otak dan interaksi dengan saraf trigeminal. Sakit kepala jenis ini selalunya berlaku kerana terdapat sesuatu pencetus yang menganggu saraf otak dan ia selalunya sakit yang berdenyut-denyut. Sakit kepala jenis ini boleh berlangsung dari 4 jam hingga 3 hari dan biasanya berlaku satu hingga empat kali sebulan. Bersama-sama dengan rasa sakit, terdapat simptom lain, seperti sensitiviti terhadap cahaya, bunyi bising, atau bau, mual atau muntah, kehilangan nafsu makan dan sakit perut.

Terdapat banyak ubat-ubatan untuk merawat serta mencegah episod migrain. Panadol biasanya tidak dapat mencegah ataupun merawat migrain. Ubat migrain seperti Aspirin atau ibuprofen boleh membantu melegakan migrain ringan. Selain aspirin, triptans juga boleh digunakan untuk merawat migrain. Ia menyebabkan saluran darah mengecut dan ia juga menyekat saraf sakit di otak. Contoh ubat Triptan termasuk sumatriptan (Imitrex), rizatriptan (Maxalt), almotriptan (Axert), naratriptan (Amerge), zolmitriptan (Zomig), frovatriptan (Frova) dan eletriptan (Relpax).

Anda boleh mengambil riboflavin (vitamin B-2) untuk mencegah migrain atau mengurangkan kekerapan sakit kepala. Anda juga dinasihatkan untuk mengambil suplemen magnesium untuk mengurankan kekerapan serangan migrain. Sila berjumpa doktor jika sakit kepala anda berlarutan.

Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan anda.

Daripada simptom yang anda telah jelaskan, ia anda mungkin mengalami sakit kepala migrain. Penyebab sebenar sakit kepala migrain tidak diketahui, namun terdapat faktor-faktor tertentu akan mencetuskan sakit kepala migrain. Faktor ini termasuk suasana ekstrem dalam cuaca, dehidrasi, tekanan yang berlebihan, tidak mengambil makanan pada waktunya, perubahan waktu tidur dan perubahan hormon.

Memandangkan anda berkata bahawa anda merupakan pelajar diploma di akhir semester, beberapa faktor pencetus seperti stres, perubahan waktu makan dan tidur dan sebagainya mungkin menyumbang kepada keadaan anda. Migrain boleh dikawal dan dielak untuk memastikan kelanjutan tugas harian.

Pertamanya anda perlu mengenal pasti faktor pencetus dan menguruskannya dengan sewajarnya untuk mencegah serangan akut migrain yang lebih teruk. Buat perubahan pada diet anda dengan menghindarkan makanan yang diketahui menyebabkan sakit kepala dan mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan tekanan semasa tempoh pembelajaran anda. Semasa serangan akut migrain, ambil ubat tahan sakit untuk melegakan gejala anda. Rehat di dalam bilik dengan sedikit atau tiada rangsangan deria (cahaya dan bunyi). Rawatan lain yang boleh membantu adalah teknik relaksasi diri, akupunktur, hipnosis, yoga dan senaman.

Hai, terima kasih atas pertanyaan yang anda ajukan.

Sakit kepala sering terjadi kepada golongan pelajar disebabkan aktiviti harian yang sibuk dan kebanyakan aktiviti tersebut memerlukan tumpuan seperti mendengar kuliah sambal menyalin nota serta memahami apa yang disampaikan. Ini menyebabkan otak bekerja lebih keras dan menyebabkan keletihan. Perkara ini boleh menyebabkan sakit kepala.

Sakit kepala yang disebabkan oleh keletihan otak seperti ini tidak berbahaya. Ia dipanggil “primary headache”. Terdapat tiga jenis “primary headache”:

  • Tension headache
  • Cluster headache
  • Migrain

Berdasarkan simtom yang anda nyatakan, masalah sakit kepala anda adalah yang digelar migrain.
Masalah migrain biasanya terbahagi kepada 4 fasa walaupun tidak semua orang akan mengalami kesemuanya. Fasa tersebut adalah:

  • Prodrome: Berlaku sehari sebelum migrain menyerang
  • Aura: Berlaku sebelum atau ketika migrain
  • Attack (Serangan)
  • Post-drome: Berlaku selepas migrain

Penghidap migrain sememangnya akan lebih sensitive terhadap cahaya, bunyi dan bau. Mereka selalunya akan suka berehat dalam keadaan gelap dan sunyi untuk mengelakkan sakit kepala yang dialami semakin teruk.
Migrain juga boleh desebabkan oleh kesan terlalu kerap pengambil ubat tahan sakit.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)