
Anonymous
5 tahun
Sakit kepala selama 7 bulan
saya wanita berumur 32 sudah berkahwin tapi mengalami sakit kepala yang kerap sehingga pinar mata macam nak pengsan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Berdasarkan keterangan puan, sakit kepala boleh disebabkan punca primari atau punca sekunder. Berikut merupakan antara jenis-jenis sakit kepala:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Namun jika sakit kepala yang mempunyai gejala tambahan seperti kabur pemandangan mata, pitam,sawan mahupun muntah diwaktu pagi, puan hendaklah mendapatkan nasihat pakar perubatan segera. Puan boleh klik di link ini (DoctorOnCall) untuk mendapatkan nasihat secara privasi.