
Sulit
4 tahun
Sakit Kepala selepas bersukan
saya lelaki 20-an sering mengalami masalah sakit kepala selepas bersukan dan kerap bersendawa. adakah ia normal?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepalatergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan.
Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.
- migrain
- sakit kepala berkelompok
- sakit kepala tension
Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder.
Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media.
- darah tinggi
- rabun mata
- trauma
- kanser otak
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Informasi yang anda berikan ini adalah dikenali sebagai “exercise headache”.
Sakit kepala senaman primer biasanya digambarkan sebagai berdenyut-denyut, berlaku semasa atau selepas melakukan senaman yang berat, selalunya mempengaruhi kedua-dua belah kepala
Sakit kepala senaman sekunder pula akan menyebabkan:
- Gejala yang sama dengan sakit kepala latihan utama
- Muntah
- Pitam
- Penglihatan berganda
- Ketegangan pada leher
Sakit kepala senaman primer biasanya berlangsung antara lima minit dan 48 jam, sementara sakit kepala senaman sekunder biasanya berlangsung sekurang-kurangnya sehari dan kadang-kadang berlama-lama selama beberapa hari atau lebih lama.
Sakit kepala boleh dikurangkan dengan menggunakan ubat tahan sakit yang boleh dibeli difarmasi. Namun, rawatan ini tidak merawat masalah sebenar punca sakit kepala.
Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.