
Sulit
5 tahun
Sakit kepala , tekak payau, loya dan sakit perut
Sy lelaki 32, sy kerap berpeluh dan terasa sakit perut dibahagian atas. Loya tekak dan berapa tawar2…kadang sakit kepala Di bahagia hadapn dan hidung tersumbat…smggu lps a sy demam on dan off rasa kesejukan dan berpeluh
Tq

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda. Untuk makluman anda, gejala sakit perut, loya, sakit kepala dan hidung tersumbat boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan termasuklah:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Allergic Rhinitis
- Gastrik
- GERD
Memandangkan sekarang ialah wabak COVID-19, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini