
hellonajwa
5 tahun
Sakit kepala teruk selepas demam panas
Saya wanita umur 31tahun. 3hari lepas saya demam panas selama 2hari dgn suhu cecah 40c. Lepas demam panas dah kebah saya diserang sakit kepala yang sangat sakit, terasa macam mencucuk di bahagian kanan atas dan belakang kepala. Bila tunduk atau batuk dan bersin seluruh kepala akan terasa sakit amat dan berdesing. Sepanjang demam cuma makan ubat paracetamol yang doc bagi sahaja.kadang2 sakit berlarutan beberapa jam, kadang2 sakit datang beberapa minit saja. Apa patut sy buat untuk hilangkan sakit kepala ni?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Seandainya yang dirasakan adalah sakit kepala, maka penyebabnya dapat terdiri daripada beberapa perkara seperti:
- Migraine
- Tension-type headache
- Cluster type headche
Sakit kepala juga boleh disebabkan masalah di dalam struktur otak seperti ketumbuhan barah otak atau kanser, namun ia adalah jarang berlaku. Biasanya masalah sakit kepala yang disebabkan masalah yang lebih serius akan disertai dengan gejala seperti:
- Sawan
- Pening dan muntah
- Kebas
- Bengkak mata atau masalah penglihatan
- Kelemahan atau lumpuh, terutamanya pada satu sisi badan
- Masalah ucapan/ berkata-kata
- Perubahan personaliti
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.