Sulit
4 tahun
Sakit kepala yang terlalu lampau sakit
assalamualaikum, saya remaja berumur 19 tahun . lately ni setiap malam kepala saya akan rasa sakit sangat . dah seminggu kepala sakit akan sakit . dan dah 3 hari saya telan actifast untuk hilangkan sakit ni . urat di bahagian kiri dan kanan dahi saya akan berdenyut setiap kali sakit . urat mata pun rasa macam kena tarik . bila saya cuba untuk tidur ataupun berehat , saya akan rasa macam tempurung kepala saya nak tercabut . adakah saya perlu berjumpa dengan doctor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya:
- Migraine
- Tension-type headache
- Cluster type headche
Sakit kepala juga boleh disebabkan masalah di dalam struktur otak seperti ketumbuhan barah otak atau kanser, namun ia adalah jarang berlaku. Biasanya masalah sakit kepala yang disebabkan masalah yang lebih serius akan disertai dengan gejala seperti:
- Sawan
- Pening dan muntah
- Kebas
- Bengkak mata atau masalah penglihatan
- Kelemahan atau lumpuh, terutamanya pada satu sisi badan
- Masalah ucapan/ berkata-kata
- Perubahan personaliti
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.



































