
Sulit
3 tahun
Sakit kepala yang teruk daripada biasa sehingga saya berasa hendak menangis
saya seorang remaja berumur 18 tahun.Sekarang kami menghadapi pembelajaran secara online. Banyak tugasan,tekanan dan masalah yang saya hadapi menyebabkan saya berasa sakit. Kadangkala sakit kepala saya berlaku disebelah kiri dan kadang² ia berlaku di keseluruhan kepala sehingga menyebabkan saya hampir menangis.Saya menghadapi masaalah ini dari saya berumur 16 tetapi semasa sy berumur 17,sakit kepala itu terjadi dalam sebulan sekali,tetapi apabila saya menginjak ke umur 18,sakit kepala itu hampir 5 kali dalam seminggu terjadi.Apa sebenarnya sakit kepala yang saya hadapi dan apa yg perlu saya lakukan ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami memahami kegelisahan anda yang mengalami sakit kepala dengan kerap. Kami akan cuba membantu anda.
Gejala sakit kepala yang anda alami boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti yang berikut :
- Gangguan tekanan
- Dehidrasi
- Anemia
- Kekurangan vitamin
- Kekurangan tidur
- Migrain
- Sakit kepala tekanan
- Sakit kepala kluster
Memandangkan anda menghadapi pembelajaran secara online, kemungkinan melihat skrin untuk jangka masa yang panjang menjadi penyebab sakit kepala anda. Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya puncanya dapat dikenal pasti dan dirawat.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.