
azizaisya2
5 tahun
Sakit kepala yg terlampau
Saya perempuan berumur 17 tahun saya sakit kepala yg terlampau…rasa mual tanpa sbb muntah tanpa sbb…sentiasa rasa letih …mngantuk…mata saya kadang kadang kabur gelap x nmpk…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Secara umum, gejala-gejala yang anda keluhkan boleh disebabkan oleh beberapa hal, antaranya:
- anemia (kurang darah) akibat defisiensi zat besi
- anemia akibat penyakit kronik
- perdarahan dalaman seperti luka usus
- masalah buah pinggang
- anemia defisiensi vitamin
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih