
nursyahidajamil
4 tahun
Sakit kerengkong seperti dicucuk jarum
Assalamualaikum doc. Sya berumur 23 tahun. Sya mengalami masalah sakit pada kerengkong. Sakit ini tidak datang berterusan, tetapi 2/3 bulan sekali dalam tempoh 2-3 minggu. Tahun lepas saya mengalami demam, batuk, dan sakit kerengkong spt dicucuk jarum ketika menelan air liur, minum dan makan. Sya ke klinik utk mengambil ubat dan doc memberitahu leher sya bengkak dan suspek tiroid. Doc memberi surat utk rawatan selanjutnya di hosp. Tetapi sya tidak mendapatkan rawatan tersebut. Baru2 ini sya ke klinik dan bertanya adakah leher sya bengkak dan sya pernah disuspek tiroid. Doc memberitahu tidak bengkak. Adakah ciri2 yg sya alami adalah gejala penyakit tiroid dan bolehkan tiroid ini sembuh dgn sendirinya tanpa apa2 rawatan (jika saya mengalami)?
Apakah tindakan yg sya perlu lakukan?
Terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan penyakit berkaitan tiroid pada kebiasaannya mempunyai gejala-gejala yang klasik dan berpanjangan (kronik). Penyakit berkaitan tiroid memerlukan pemeriksaan serta siasatan oleh pakar perubatan kerana ubat yang diberikan mampu memberikan kesan tidak selesa kepada badan yang sihat. Manakala bengkak dileher terutamanya apabila demam boleh disebabkan beberapa punca seperti radang nod limfa, sis(cyst) brankial, abses akut serta masalah tiroid.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.