
Sulit
4 tahun
Sakit kerongkong dan hipertiroid
Sy mnderita pnyakit hipertiroid selama 4 bulan tnpa mkn apa2 ubat…saat ini sy sring x merasa selesa d tekak seperti ada bnda asing tersangkut dn tekak sy sgt x slesa.apa yg ptut sy lakukan??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, hipertiroid menimbulkan keadaan yang dikenali sebagai hipertiroidism. Hipertiroidism seperti namanya hiper bermaksud berlebihan, tiroid merujuk kepada hormon tiroid dan ism merujuk kepada keadaan yang berlaku. Kelebihan tiroid dinilai berdasarkan kandungan hormon tiroid dalam darah.
Kejadian ini boleh timbul akibat beberapa keadaan seperti:
- Penyakit Graves iaitu sejenis penyakit autoimun
- Penyakit Plummer
- Toxic multinodular goitre
- Hipertiroid kronik
- Akibat diinduksi iodine
- Keadaan lain yang jarang seperti tumor otak, kanser tiroid dan lain-lain
Berdasarkan keterangan anda, keradangan di terongkongan memerlukan pemeriksaan rapi dari doktor supaya kami benar benar yakin jika ini terlibat dalam masalah hipertiroid anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.