Rhia

5 tahun

Sakit ketika buang air

Hi doktor, saya seorang wanita berusia 24 tahun. Kemaluan saya berasa sakit ketika membuang air kecil . Kadang-kala saya perasan ada cecair yang lain daripada biasa yang keluar daripada faraj saya dan berbau. Kenapa ya doktor?

Selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan anda kepada saya. Berdasarkan olahan anda di atas, anda mungkin terkena jangkitan penyakit kelamin atau dikenali sexual transmitted disease yang disebabkan oleh bakteria yang bernama chlamydia trachomatis. Chlamydia trachomatis adalah jangkitan penyakit kelamin yang boleh disebarkan melalui aktivit seksual. Kebiasaannya ia terkena pada perpempuan yang berusia muda. Wanita mungkin mengalami jangkitan chlamydia tanpa disedari. Pada wanita yang sedang hamil, Chlamydia trachomatis kelamin boleh menyebabkan komplikasi kehamilan sebagai contoh kelahiran pramatang, pecahan membran pramatang, berat lahir yang rendah, dan jangkitan pada rahim selepas bersalin. Bayi yang dijangkiti Chlamydia trachomatis sewaktu proses kelahiran boleh mendapat jangkitan di mata dan paru-paru.

Mencari rawatan yang berkesan untuk jangkitan chlamydia dengan kesan sampingan yang sedikit adalah sangat penting kerana komplikasi boleh berlaku dengan jangkitan Chlamydia trachomatis jika tidak dirawat semasa proses kehamilan. Antara simptom-simptom jangkitan chlamydia trachomatis adalah seperti di bawah:-
-Mengeluarkan cecair dari saluran kencing dan vagina
-Sakit semasa sedang buang air kecil atau kencing
-Bagi perempuan, sakit pada bahagian bawah abdomen
-Bagi perempuan, sakit semasa melakukan hubungan kelamin
-Pendarahan berlaku di antara kitaran haid
-Bagi lelaki, bengkak dibahagian buah testis
-Demam, sakit badan dan sakit kepala
-Jika cecair dari badan tersentuh pada mata, akan berlaku jangkitan pada mata
Anda mungkin tidak menyedari bahawa anda telah pun dijangkiti chlamydia trachomatis kerana anda mungkin tidak mengalami sebarang tanda atau simptom-simptom chlamydia trachomatis. Apabila anda telah dijangkiti, tanda atau simptom-simptom chlamydia trachomatis mungkin akan terjadi selepas 1 hingga 3 minggu tersebut. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan mana-mana doktor atau pakar sakit puan di klinik atau hospital berdekatan untuk mengetahui dengan lanjut tentang situasi anda. Semoga berjaya. Terima kasih.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)