
Sulit
3 tahun
Sakit ketika hendak melakukan hubungan dengan suami
saya wanita berumur 27 tahun… baru berkahwin seminggu… saya nak tanya, kenapa setiap kali suami ingin masukkan zakar ke dalam faraj mesti merasa sakit. seperti ada sesuatu yang tutup. jadi setiap kali itu, suami tidak dapat masukkan zakarnya. adakah kerana faraj terlalu kecik?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- faraj terlalu kering
- faraj luka
- polip di serviks
- penyakit kulit seperti ulser, iritasi
- jangkitan kulat di faraj
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.