
Anonymous
2 tahun
Sakit Ketika Hubungan Bersama
Saya wanita berumur 28tahun, sudah 2tahun berkahwin, & tidak mempunyai anak. Hubungan ‘bersama’ dengan suami selalu terganggu kerana saya akan sakit pedih di bahagian dinding cervix. Kekerapan perkara ini berlaku terlalu tinggi. Ini mebuatkan hubungan bersama tidak dapat diteruskan @ perlu cepat suami pancut. Perkara ini masih berlaku walaupun sudah sudah 2tahun. Untuk pengetahuan doktor, saya agak sukar untuk ‘basah’ / mungkin cecair saya tidak mencukupi, dan hampir setiap kali bersama kami akan menggunakan bantuan saliva. Adakah perkara ini normal & mohon pandangan doktor. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan kenyataan anda, anda mungkin mengalami gejala faraj kering (“vaginal dryness”) dan kurang pelincir ketika seks. Hal ini boleh disebabkan oleh:
- penyusuan
- masalah kemurungan atau stress
- merokok
- masalah kekurangan air dalam badan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.