Anonymous
6 tahun
Sakit ketika kencing biasa
Saya Umur 23, saya dah mula rasa sakit ketika kencing sejak setahun yang lalu hingga sekarang, tak tau apa jalan terbaik untuk menyembuhkan penyakit ini. Ada bengkak yang besar pada bahagian sulit saya apabila saya kencing. Dan ia menyakitkan
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat seperti:
- ciri kesakitan
- perubahan pada kencing (kencing berdarah/berpasir)
- tempoh masa mempunyai bengkak
- perubahan saiz pada bengkak tersebut
- histori dapat rawatan daripada mana mana klinik untuk masalah yang anda alami
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.


































