
niniesabri55
5 tahun
Sakit ketika kencing pada hujungnya
saya lelaki , berumur 20tahun , mengalami masalah kencing pedih ketika hujung hujung penghabisan kencing , dan apabila saya meneran kencing akan keluar sedikit air kencing dah akan terasa pedih , sebelum itu saya ada melakukan seks bersama isteri saya , sehari selepas itu saya terasa sakit apabila saya nak kencing .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Batu karang dalam saluran kencing
- Jangkitan saluran kencing
- Penyakit kelamin
Segera berjumpa doctor jika:
- Demam
- Susah atau kurang kencing
- Kencing berdarah
- Sakit abdomen
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.