
Sulit
4 tahun
Sakit ketika membuang air kecil pada kemaluan
Sya lelaki umur 31thn…knape setiap kali rasa ingin kencing kemlauan rasa sakit…air kencing seakan tersekat di bahagian kepala zakar sehingga menimbulkan rasa sakit teramat…sakit itu semakin berkurang selepas kencing…adakah saluran kencing saya tersumbat dan air kencing yang keluar juga sesikit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang dalam salur kencing
- Kecederaan pada salur kencing
- Radang prostat (prostatitis)
- Urethral stricture (saluran kencing tersumbat)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami gejala ini:
- Demam
- Loya dan muntah-muntah
- Sakit perut dan ari-ari
- Sakit dan kerap membuang air kecil
- Air kencing bercampur nanah dan/atau darah
- Sakit kepala
- Gejala mengganggu aktiviti harian
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.