
Sulit
4 tahun
Sakit kiri pinggang ketika batuk
Saya lelaki umur 38 tahun…saya ada masalah lendir dlm dada…dalam 1-2 hari ini bila batuk sebelah kiri blkg pinggang sakit sangat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit pinggang ketika batuk yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum batuk yang keras dapat menyebabkan bahagian badan yang lain ikut bergetar dan tekanan otot. Akan tetapi, sekiranya sakit berkekalan diluar waktu batuk, ia boleh disebabkan oleh beberapa hal seperti:
- Hernia nucleus pulposus yaitu sakit belakang yang timbul akibat saraf tulang belakang yang tertekan
- Batu buah pinggang
- Batu karang
Memandangkan gejala ini telah berlangsung terkait dengan batuk, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah batuk anda terlebih dahulu. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Masih mengalami masalah batuk? Pakar paru-paru sedia membantu!
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih